Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Friday, March 28, 2014

ஜ Nama-Nama Al-Fatihah Menurut Imam al-Qurtubi ஜ

Terdapat pelbagai pendapat ulama tentang nama-nama yang diberikan kepada surah ini. Ada yg menyatakan 22 nama, ada juga pendapat mengatakan lebih daripada 30 nama,ada yg memberikan hanya 6 nama. Setiap mereka mempunyai alasan masing-masing. Misalnya, Imam al-Qurtubi menyatakan terdapat 12 nama iaitu :-

* Al-Fatihah (surah pembuka)

* Assolah (solat : doa)

* Al-Hamdu (pujian)

* Al-Mathani (surah yg ulung)

* Fatihatul Kitab (pembuka kitab)

* Ummul Kitab (induk kitab)

* Al-Asas (surah asas)

* Al-Wafiah (surah menyeluruh)

* Al-Kafiyah (surah yg mencukupi)

* Ar-Rukyah (surah jampi / mengubati)

* Al-Quranul Azim (surah yg ulung)

* As-Syifa (surah penyembuh)


 Info Tambahan :-

Ramai tidak menyedari bahawa apabila membaca al-Fatihah,berlaku interaksi antara seorang hamba dan Penciptanya. Apabila membacanya, Allah akan menjawab setiap ayat yg dibacakan.

Contohnya :- "Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin" (kita baca)

Allah menjawab : "HambaKu memujiKu".


Begitulah interaksi kita dgn Allah sehingga ayat terakhir surah al-Fatihah. Sebab itu kita digalakkan agar membaca 1 per 1 dgn tertib bukan dgn tergopoh gapah. Yang penting ialah sewaktu membaca surah ini kita sedang memusatkan makna kehidupan kpd allah. Kita meminta dan memohon hanya pada Dia.


*Iman, Bil 26 
 

No comments:

Post a Comment