Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Wednesday, July 9, 2014

★5 Perkara Yang Allah SWT Berikan Kepada HambaNya Pada Bulan Ramadhan★


Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka.

1- Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2- Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3- Setiap hari Allah akan menghiaskan syurgaNya dan berkata "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu".

4- Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam bulan Ramadhan ini seperti mana yang biasa dibuat oleh mereka pada bulan yang lain.

5- Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Rasulullah ditanya, "Adakah ia Lailatulqadar?" Baginda menjawab. "Tidak! Namun semua pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya".


CC: Maulana Zakariya.

No comments:

Post a Comment