Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, August 10, 2014

╚⊙ Kerajaan-Kerajaan Islam ⊙╝

Kerajaan Pertama :-
Kerajaan Islam bermula di Madinah pada 622M apabila Rasulullah saw berhijrah ke sana, dan berakhir dengan kewafatan Baginda.

Zaman Khulafa al-Rasyidin (632M-661M) :-
Bermula selepas kewafatan Nabi saw pada 632M. Khalifah Saidina Abu Bakar, Sayidina Umar al-Khattab, Sayidina Uthman bin Affan dan Sayidina Ali Bin Abi Talib.

Kerajaan Bani Umaiyah (661M-750M) :-

Diasaskan oleh Muawiyah yang juga adalah khalifah pertama kerajaan ini.

Kerajaan Bani Abbasiyah (750M-1258M) :-
Khalifah kerajaan ini adalah dari keturunan Abbas Ibnu Abdul Mutalib, bapa saudara Nabi saw daripada Bani Hasyim.Ia berakhir pada 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Kota Baghdad.

Empayar Uthmaniyah (Turki) (1301M-1923M) :-
Diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah, dan tamat apabila sistem kesultanan dihapuskan dan Turki diisytihar sebagai sebuah Republik. (selain daripada kerajaan-kerajaan utama ini,terdapat juga kerajaan-kerajaan Islam kecil yang lain di serata dunia seperti kerajaan Mamluk, Seljuk Turki, Empayar Moghol, India, Kesultanan Melaka dan sebagainya.)


CC:Iman.Bil 28

No comments:

Post a Comment