Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Saturday, September 20, 2014

Pintar Korban & Aqiqah


Penyembelih korban atau akqiqah mestilah :
1- Seorang Muslim (lelaki / perempuan), atau
2- Ahli Kitab (Yahudi atau Nasrani)*.

Nota : Penyembelih tidak boleh diupah dengan daging korban.
* Penjelasan berkenaan ahli kitab,rujuk di sini :-

Maksudnya : "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan {sembelihan} ahli kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal {pula} bagi mereka. {Dan dihalalkan mengahwini} wanita yang menjaga kehormatan daripada kalangan wanita yang beriman dan wanita yang menjaga kehormatan daripada ahli kitab sebelum kamu apabila kamu telah membayar mas kahwin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak {pula} menjadikannya gundik-gundik. Sesiapa yang kafir sesudah beriman, maka terhapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang rugi". - [Surah al-Maidah :5]



Haiwan korban atau aqiqah mestilah sama ada :
1- Kambing.
2- Lembu / kerbau.
3- Unta.


Alat Penyembelihan mestilah benda tajam seperti :
1- Pisau.
2- Parang.
3- Pedang.

Nota : Alat yang dilarang seperti kuku atau tulang.


Masa Penyembelihan :
1- Penyembelihan korban mestilah pada 10,11,12 atau 13 Zulhijah.
2- Masa penyembelihan aqiqah pula sebaik-baiknya pada hari ke 7 dari hari kelahiran bayi.


Pengagihan Daging :
1- Daging korban sebaik-baiknya diagihkan dalam keadaan mentah.
2- Daging aqiqah pula sebaik-baiknya diagihkan dalam keadaan siap dimasak.

*al-ustaz,bil 7

No comments:

Post a Comment