Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, November 6, 2014

~ Hati Orang Yang Merindukan Syurga ~


Berbahagialah engkau dengan hidup ini sebelum mati dan petiklah bunga itu sebelum datang musim gugur.

Apakah engkau pernah mendengar kisah tentang seorang wanita isteri Soleh Ibnu Huyayyin? Dia adalah seorang wanita yang kematian suami dengan meninggalkan dua putera.Ketika besar mereka diajar tentang beribadah, taat dan mendirikan solat malam.

Dia pernah berkata kepada anaknya, "Tidak sepatutnya ada 1 waktu pun di malam hari yang berlalu di rumah kita, melainkan ada orang yang bangun melakukan solat tahajjud dan berzikir kepada Allah". Kedua anaknya bertanya : "Bagaimana yang bonda inginkan?" Si ibu berkata : "Kita membahagi malam hari menjadi tiga bahagian antara kita bertiga. Salah seorang di antara kamu mendirikan solat malam pada sepertiga pertama dari malam.Kemudian yang lain bangun untuk mengisi sepertiga kedua dengan solat malam. Dan aku sendiri bangun di sepertiga terakhir untuk solat malam,kemudian aku akan bangunkan kamu berdua untuk solat Subuh".

Kedua anaknya berkata : "Kami dengar dan kami taat wahai ibu". Setelah sang ibu meninggal dunia, kedua anaknya tidak pernah meninggalkan solat malam, kerana cintakan ketaatan dalam ibadah telah memenuhi hatinya. Maka waktu yang terindah bagi keduanya adalah ketika keduanya melaksanakan solat malam. Keduanya membahagi waktu malam menjadi 2 bahagian. Ketika salah satu dari mereka sakit tenat, maka yang lain menghidupkan seluruh malamnya.



CC: Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.

No comments:

Post a Comment