Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, November 27, 2014

♈ Kita Masih Tidak Selamat Walaupun Menunaikan Solat ♈


Allahmah Sha'rani r.a berkata bahawa hendaklah difahami, sebenarnya bala bencana akan terhindar dari sesuaut tempat sekiranya penduduk di situ mendirikan solat. Manakala azab pula akan diturunkan ke atas sesuatu tempat sekiranya penghuni-penghuni di situ tidak mendirikan solat.

Tidak mustahil di tempat yang sedemikian berlaku gempa bumi,sambaran halilintar dan rumah-rumah tenggelam. Sesiapa pun tidak harus merasakan dia sudah selamat kerana dia mengerjakan solat tanpa memikirkan tentang orang lain. Ini kerana,sekiranya turun sebarang bencana,maka bencana itu akan meliputi semua orang secara umum.

Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa pernah sekali para sahabat bertanya, "Adakah kami akan dibinasakan sedangkan masih ada di kalangan kami orang yang soleh?" Jawab Baginda SAW, "Ya, apabila perbuatan maksiat mengatasi amalan kebaikan". Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk mencegah perbuatan yang buruk dan mengajak manusia melakukan kebaikan mengikut kemampuan masing-masing.Jadi,adakah anda masih merasa selamat walaupun anda seorang yang menurut perintah Allah walhal kawan-kawan kita di luar sana masih bergelumang dengan maksiat? Renungkan...


No comments:

Post a Comment