Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Tuesday, December 30, 2014

☏ KUNCI KEBAHAGIAN ADALAH SOLAT ☏

Lembaran pertama kebahagiaan dalam daftar buku harian dan kegiatan kesihatan percuma dalam urutan kegiatan di siang hari adalah solat Subuh. Oleh sebab itu,mula saat ini bukalah hari anda dengan solat Subuh. Dengan demikian, anda berada dalam perlindungan dan ikutan janji dengan Allah. Anda juga berada dalam pemeliharaan dan penjagaanNya. Dia pasti menjaga anda dari segala yang tidak baik,lalu menunjukkan anda kepada setiap kebaikan,mengarahkan anda kepada setiap keutamaan dan mencegah anda dari segala yang hina.

Sesungguhnya tidak akan berkat hari-hari yang tidak diawali dengan solat Subuh, kerana Allah tidak akan menjadikan siang hari menjadi dinamik.Sesungguhnya solat Subuh merupakan awal tanda penerimaan,keberhasilan yang tercatat dalam buku,tanda kemenangan,kemuliaan,keteguhan dan keberhasilan. Selamat bagi setiap orang yang menunaikan solat Subuhnya dan beruntunglah bagi tiap orang yang menunaikan solat Subuhnya.Kesejukkan hati hanyalah bagi orang yang memelihara solat Subuh dan kesengsaraan, penderitaan dan kekecewaan hanyalah bagi orang yang melupakan solat Subuhnya.


CC : Dr.'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni.

No comments:

Post a Comment