Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Thursday, February 12, 2015

♕ Kelainan Wanita Istihadah ♕

Pengurusan wanita yang didatangi istihadah sedikit berbeza dengan wanita yang suci pada 5 perkara :-

๑ Dia wajib berwuduk setiap kali hendak solat. Sabda Nabi yang bermaksud, "Kemudian berwuduklah setiap kali hendak solat". - [Riwayat al-Bukhari]

Hanya satu solat fardu atau qada sahaja dibenarkan daripada 1 wuduk. Dalam kata lain, dia tidak boleh mengerjakan beberapa solat fardu atau qada dengan 1 wuduk ini. Namun tidak ada masalah jika dia mengerjakan beberapa solat sunat dengan wuduk tersebut.



 ๑ Tidak berwuduk melainkan setelah masuknya waktu solat. Jika solat itu tidak mempunyai waktu,maka berwuduklah sebelum menunaikannya.

๑ Membasuhi kemaluan setiap kali sebelum berwuduk untuk mendirikan solat.

๑ Disunatkan kepadanya agar menutup kemaluannya dengan kain atau sebagainya setiap kali sebelum mendirikan solat.

๑ Bersegera melakukan solat pada awal waktu dan tidak melengahkannya dengan perkara yang tidak berkaitan dengan solat seperti makan,minum, dan sebagainya.

Jika dia melewatkannya tanpa sebarang keuzuran,dia dikira sebagai orang yang cuai, Dia perlu mengulangi perbuatan bersuci daripada istinjak,menutup kemaluan dengan sesuatu, berwuduk dan terus mendirikan solat.

TAMBAHAN : Para ulama berbeza pendapat tentang jimak wanita istihadah.Majoriti ulama membenarkannya berdasarkan hadis Ummu Habibah yang disetubuhi oleh suaminya semasa istihadah.



 CC :Ustaz Muhamad Yusuf A Kadir.

No comments:

Post a Comment