Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Friday, April 24, 2015

❦ Rahsia Amalan Mengundang Rezeki - Ustaz Yusuf Mansur ❦


1- Membaca surah al-Waqiah 2x sehari. (selepas solat subuh & asar).

2- Melazimi membaca Ya Fattah Ya Razzak 11x selepas solat fardu.

3- Selawat 100x sehari. Lebih lagi baik.

4- Membaca al-Quran (al-Waqiah,Ar-Rahman,Al-Mulk,& Yassin). Baca yang lain pun boleh,janji dalam 1 hari baca al-Quran.

5- Sedekah. 

6- Solat berjemaah di masjid tepat pada waktu.

✔ Yang penting sekali solat 5 waktu kena jaga. Maka buatlah solat berjemaah, solat Dhuha, solat Tahajud.Dalam membuat ini semua, kena harus ada kesabaran dan jangan mudah putus asa. Amalan jumlah 11x,100 itu bertujuan memudahkan kita.Kalau buat lebih,lebih baik. Ini untuk mengelakkan bidaah dengan menetapkan jumlahnya.

❈ Penambahan juga dari ceramah lain oleh Ustaz Yusuf, kita melakukan ini (amalan spt yang disebut di atas) ialah sebagai penyelesaian. Tapi, punca asalnya berpunca dari apa, itu pun kena tahu. Banyakkan bertaubat dan istigfar.InsyaAllah,Allah akan permudahkan setiap urusan rezeki kita.
Akhir sekali, jangan hanya cuba meminta dunia sahaja dari Allah, tetapi minta juga untuk akhirat.

No comments:

Post a Comment