Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Wednesday, July 1, 2015

Apam Beras


Resepi asal : Ida Shahida.

Bahan-Bahan:- 

2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis mauripan
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula
Pewarna yang anda suka.
Kelapa Parut dengan sedikit garam kalau suka. (utk dihidangkan)


Cara-Caranya :-

1- Blend nasi dengan air sehingga hancur. (masukkan air sedikit demi sedikit..blend sampai halus).
2- Setelah hancur,campurkan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3- Dalam bekas lain,satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4- Selepas itu masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung.Kacau sehingga sebati.
5- Perap selama 3 jam.
6- Panaskan pengukus dan penutup tudung dengan kain.
8- Bahagikan adunan kepada beberapa warna.
9- Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
10- Masukkan acuan kecil ke dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
11- Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam atau dimakan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment