Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, August 30, 2015

♕ Kanak - Kanak Merindui Rasulullah SAW ♕

Pada zaman Rasulullah SAW memerintah, terdapat seorang budak lelaki bernama Tsauban yang sangat kagum terhadap keperibadian baginda. Malah hampir setiap hari Tsauban akan merindui Rasulullah SAW sekiranya tidak berpeluang untuk berjumpa. Sekiranya dia tidak dapat berjumpa dengan Rasulullah SAW, dia akan bersedih hati, murung dan menangis. Apa yang dirasakan oleh Tsauban juga dapat dirasai oleh Rasulullah SAW dan merasakan bertapa Tsauban sangat mengasihinya.


Pada suatu hari, Tsauban telah berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk melepaskan kerinduannya. "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit apaapa. Cuma saya sangat bersedih jika berpisah dan tidk bertemu dengan Rasulullah walaupun sekejap. Jika saya sudah bertemu dengan Rasulullah, barulah hati saya tenang dan gembira sekali," beritahu Tsauban sambil memandang wajah Rasulullah SAW yang bercahaya dan berseri-seri.

Rasulullah SAW memegang ubun-ubun budak itu dengan perasaan kasih sayang seolah-olah sedang bermesra dengan cucunya. Manakala Tsauban pula berasa kerinduannya telah hilang apabila dapat bertemu dengan Rasulullah SAW.

"Apabila memikirkan hari akhirat, hati saya bertambah cemas kerana bimbang tidak dapat lagi bersamamu, Ya Rasulullah. Kedudukanmu sudah tentu berada di Syurga yang lebih tinggi sedangkan saya tidak pasti sama ada di syurga paling bawah atau mungkin tidak dimasukkan ke syurga langsung.Jika ini berlaku,sudah tentu saya tidak akan bertemu Rasulullah lagi," ujar Tsauban sedih.

Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SAW sangat terharu dan berkata, "Semoga Allah mendengar keinginanmu asalkan sahaja kamu melakukan amal kebaikan semasa di dunia. Lagipun urusan syurga dan neraka itu urusan Allah," jelas Rasulullah SAW lagi.

Setelah berlaku peristiwa itu,turun wahyu daripada Allah kepada Rasulullah SAW bermaksud, "Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya,mereka itu bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para sadikin, mereka yang mati syahid dan orang-orang yang soleh". Mendengar jaminan itu Tsauban berasa gembira dan hatinya tenang sekali.
 

CC: "Aku Sanggup Duhai Muhammad, Muhd Nasruddin Dasuki.

No comments:

Post a Comment