Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Saturday, November 7, 2015

۩۩ Di Manakah Sempadan Tanah Haram ? ۩۩

Ramai yang mungkin bertanya, di mana sempadan Tanah Haram. Apakah keseluruhan kota Mekah, atau hanya berlegar di sekitar Masjidil Haram? Atau adakah Tanah Haram itu termasuk di dalam kota Madinah yang juga digandingkan dalam sebutan al-Haramain (dua Tanah Haram) yang merujuk kepada kota Mekah dan Madinah.

Dr Widus ketika menerangkan hal tersebut menjelaskan,adalah penting untuk seseorang mengetahui sempadan Tanah Haram yang sering disebut-sebut di dalam nas. Ini kerana ia berkait rapat dengan penentuan hukum. Justeru ujarnya, Imam an-Nawawi telah menyenaraikan sempadan Tanah Haram sebagaimana berikut :-

1- Arah Barat : Jalan Jeddah - Mekah di Asy - Syumaisi (Hudaibiyah), jaraknya kira-kira 22 km dari Kaabah.

2- Arah Selatan : Di Idha'ah Liben (Idha'ah bermaksud tanah,manakala liben pula nama bukit), jalan Yemen - Mekah dari arah Tihamah, sejauh 12 km dari Kaabah.

3- Arah Timur : Di tepi Lembah 'Uranah Barat, lebih kurang 15 km dari Kaabah.

4- Arah Utara : Sempadannya adalah Tana'im, terletak kira-kira 7 km dari Kaabah.

5- Arah Timur Laut : Jalan menuju Ji'ranah dekat dengan daerah Syara'i Al-Mujahidin,berjarak 16 km dari Kaabah.

Jelas Dr Widus, terdapat perbezaan antara Tanah Haram dan Masjidil Haram.Seperti dihuraikan oleh Ibnu al-Qayyim, dalam al-Quran Masjidil Haram memiliki 3 pengertian iaitu :-
~ Baitullah (Kaabah)
~Tanah Haram.
~ Masjidil Haram dan sekitarnya.

Sementara Imam An Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu' menambhakan satu lagi pengertian selain yang disebutkan di atas iaitu Kota Mekah itu sendiri.


CC : Iman, Bil 44.

No comments:

Post a Comment