Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Sunday, August 7, 2016

Memaafkan VS Melupakan. Mampukah Kita?




Walaupun mungkin sukar memaafkan seseorang itu tidaklah mustahil. Kita mampu untuk memaafkan seseorang yang telah melakukan sesuatu yang amat buruk kepada kita.Tetapi,mampukah kita untuk melupakan apa yang terjadi?

Kerap kali kita mendengar kata-kata yang sedap didengar,kerana struktur ayatnya ibarat syair yang indah. Kata-kata seperti inilah yang kerap kali kita kongsi (share) di media sosial kita kerana keindahannya menyentuh jiwa.

Tetapi, bunyi yang indah tidak mencukupi.Maksudnya perlu indah juga.Lebih penting daripada itu,keindahan itu perlu disusuli dengan kebenaran. Tidak semua yang indah itu benar. Kata-kata yang indah itu apabila diteliti,rupa-rupanya kosong dalam maknanya.

Jadi kita tidak boleh benarkan diri kita tertipu dengan kata-kata indah ibarat seorang insan tertipu dengan janji-janji manis pasangannya.Kita perlu lebih fokus kepada isinya,bukan kulitnya. Walaupun kulitnya cantik, tetapi isinya mungkin kosong.

Antara kata-kata indah yang kerap kali kita share adalah forgive and forget. Sekilas pandang, ayat ini sebagai satu nasihat kepada mereka yang kesedihan akibat perbuatan orang lain. Tetapi apabila diteliti maknanya,kita mungkin akan berfikir dua kali sebelum berikan nasihat itu kepada mereka yang terluka hatinya.

Sebagai seorang manusia,banyak perkara yang kita boleh lupakan secara sengaja ataupun tidak. Tetapi apakah kita mampu melupakan kesakitan kita yang dirasai tatkala seseorang melakukan sesuatu keburukan ke atas kita?

Tidak dinafikan,sekiranya kita mampu melupakan perkara buruk yang berlaku,kita akan melakukannya tanpa banyak persoalan kerana tiada sesiapa yang ingin mengingati memori yang menyakitkan.


CC: Aiman Azlan, Blogger & Penulis Buku.
Majalah Iman. 
 

No comments:

Post a Comment