Assalamualaikum,

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dengan anda semua selain ia adalah untuk menambahkan pengetahuan diri saya.. Kalau ada sebarang cadangan sila pm saya..Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini.


Monday, November 28, 2016

Biskut Arab / Nan Khatai





Oleh : Naazira Parveen
Resepi Asal : Nani Asgari

Bahan-Bahan:-
1 cawan minyak sapi (x perlu dicairkan)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1 cawan gula icing
1/2 sudu kecil garam
19 sudu besar + 1/2 sudu besar tepung gandum. (Agak2 shj, doh agak2 lembut)

*TIPS : beli ja minyak sapi cow & calf.. Dia murah sedikit. Kedua, gula tu bg saya ok dah tera tu. Kalau nk kurang manis, kurangkan gula. Jangan pakai gula kastor. Ketiga, tepung gandum tu buh agak2 ja.. Sy guna seperti yg tertulis.. Yg penting x keras doh dia. Mmg agak susah sikit nak buat bulat.

Caranya:
Sebatikan minyak sapi + gula icing.. Kemudian masukkan garam. Sebatikan juga. Masukkan baking powder dan soda bicarbonat kemudian diikuti tepung gandum. Tepung gandum buh sedikit demi sedikit. Jgn keras sudah. Kemudian buat bulat-bulat, griskan loyang dan letak dalam loyang pembakar. Bakar 16 minit dgn suhu 180 darjah celcius.

 

--> Tq nani Asgari...moga sentiasa murah rezeki sbb share resepi..org cuba buat,nani dpt pahala... 


No comments:

Post a Comment